Late Payment Penalty' Bukan 'Default Clause' Dalam Pembiayaan Perumahan

Semalam saya ada menulis mengenai 'Bahana Default Clause'. Saya lihat ramai yang terkeliru antara 'Late Payment Penalty' dengan 'Default Clause'.

Late Payment Penalty atau ta'widh dikenakan ke atas amaun yang lewat dibayar selepas due date. Beza antara konvensional & Islamic , ta'widh tidak dibenarkan compounding berbanding konvensional yang menggunakan compounding atas penalty yang dikenakan.

Contoh : installment bulanan kita adalah RM1500, due date bayaran pada tarikh 1 September 2016. Contohnya hari ini 22 september baru kita buat bayaran. Bermakna 21 hari terlewat bayar dari due date. Formula yang digunakan adalah:

amaun tertunggak X 1%
_________________________ X hari tertunggak
365

Maknanya: RM1500 X 1% /365 X 21 = RM0.86
RM0.86 adalah Jumlah penalty yang dikenakan atas kelewatan pembayaran 21 hari tersebut.

Jika kita bayar jumlah tertunggak termasuk penalty tersebut sebelum tarikh 1 Oktober 2016, kita masih belum dikira lapse payment . CCRIS masih tidak effect Menyatakan kita terlewat bayar satu bulan. 

Memang late payment penalty tu sikit jer kan. Tapi awas, habit late payment boleh membawa kita terlalai hingga boleh terjerat ke arah Default Clause.
-KEY-

Oleh Khairul Ezuwan 


Baca Post Asal Di sini