Perkongsian Cara Asas Memiliki Hartanah Sendiri Tanpa Perlu Membuat Pinjaman Perumahan



Cara ini memerlukan modal ada tanah katakan sekar. Tanah itu mungkin dibeli ataupun tanah pemberian keluarga. 

Kaedah yang boleh digunakan pakai adalah, anda pecahkan tanah itu kepada 10lot semid dan tawarkan jv kepada pihak pemaju. Katakan sebagai contoh, tanah itu anda beli sekar bermodalkan rm200k termasuk kos pecah sempadan/lot.

Konsep jv tanah 10lot semid itu diantara tuantanah dan pemaju adalah 20:80 iaitu dua buah rumah kepada anda dan 8buah kepada pihak pemaju/kontraktor. Harga purata sebuah semid berkeluasan 1100kp jika dikelantan sekitar rm250k pada tahun ini dan dinegeri lain mungkin lebih lagi ataupun lebih kurang sama harganya. Project jv biasanya mengambil masa diantara 2-3tahun untuk kesiapan sepenuhnya. Jika katakan tahun 2020, dua buah rumah yang milik anda telah diserahkan kunci harganya sudah pasti sekitar rm350k dan dua buah sudah berharga rm700k.

Jika modal awalan rm200k diambil dari personal loan, anda boleh jualkan sebuah rumah untuk membuat pembayaran penuh pinjaman itu dan masih mempunyai lebihan tunai beserta sebuah rumah tanpa hutang dalam masa keseluruhan diambil kira 4/5tahun proses.

# Cari idea dan jalan penyelesaian bermula sekarang untuk memiliki hartanah sendiri, lebih-lebih jika ianya dapat dimiliki secara percuma. Jangan tunggu untuk memiliki tanah, tapi milikinya dulu dan barulah tunggu.

Oleh Putera Ambo  


Baca penuh Di Sini