Sedikit perkongsian kepada sesiapa yang ingin beli tanah. Sila pastikan tanah tersebut bebas daripada sebarang bebanan sebelum anda buat keputusan untuk membelinya.
Jangan hanya bersetuju untuk membeli disebabkan tertarik dengan lokasi dan keadaan tanah semata-mata. Lokasi dan keadaan tanah tidak akan membawa apa-apa erti kepada anda seandainya tanah yang anda ingin beli itu tidak bebas daripada bebanan.
Sesuatu tanah itu dianggap tidak bebas daripada bebanan sekiranya :
# Dalam geran masih nama tuan punya yang telah meninggal dunia dan masih belum diberimilik kepada nama waris si mati.
# Terdapat kaveat atas hakmilik tanah.
# Sekiranya tanah itu adalah tanah nama ramai/lot lidi
# Hakmilik geran individu yang berasingan terhadap tanah tersebut masih belum dikeluarkan.
# Terdapat sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut.
# Tanah masih digadai/dalam tindakan lelongan bank
# Terdapat perintah mahkamah terhadap tanah tersebut.
# Jika tanah nama ramai dan ada tuan tanah yang tidak bersetuju dengan penjualan tersebut.
Kalau anda rasa ingin/terpaksa beli juga, sila pastikan anda dapatkan nasihat perundangan daripada peguam yang berpengalaman dengan urusan jualbeli hartanah supaya hak dan kepentingan anda sebagai pembeli sentiasa terjaga.
Oleh Putera Ambo
Baca penuh Di Sini