3 Serangkai Sebelum Beli Tanah
Tips mengelak terkena penyakit tiga serangkai dalam urusan membeli tanah.. wajib dibuat semakan ke atas tiga perkara ini.. jgn satu pun terlepas pandang..
1. carian rasmi/persendirian - dibuat di pejabat tanah. butir-butir pada carian tersebut perlu kita bandingkan satu persatu dgn maklumat yg ada pada geran/salinan geran. jika berlaku apa saja perbezaan.. maklumat pada carian adalah paling betul. harga RM50/30..Selangor.
2. pelan akui - setiap geran tanah ada disertakan borang B1/B2 iaitu pelan tanah. wajib kita dapatkan pelan akui utk tanah tersebut di JUPEM Negeri. no pelan akui ada dicatat pada geran. jika terdapat perbezaan ukuran bearing, rezab jalan dll pada keduanya.. maklumat pada pelan akui adalah paling betul. jurukur hanya akan berpandu pelan akui untuk kerja ukur. harga RM8 di Selangor.
3. zon guna tanah (zoning) - langsung tidak ada di catat di mana-mana pada bahagian geran tanah. maklumat ini paling penting jika tanah hendak diubah syarat dari pertanian kpd bangunan atau perniagaan atau industri. zoning yg salah tidak membenarkan syarat tanah diubah. contoh zon utk bangunan kediaman kod warna adalah oren. boleh di rujuk di Majlis Perbandaran melalui telefon jika beli harga RM20 utk pelan zoning saiz A4.
Selagi kita tidak membuat semakan ke atas si tiga serangkai ini bermakna risiko sedang menunggu jika kita teruskan urusan pembelian tanah tersebut.. ingat nak beli tanah... ingat tiga serangkai... jika kena penyakit kos ubat selalunya mahal.. ;)
Oleh Muhd Aman
Baca penuh Di Sini