RM100 Sebulan Untuk Hasilkan Duit Pencen RM1.9 juta



Anda baru bekerja berumur 25 tahun. Tak mampu nak bermula dengan amaun simpanan yang besar. Cuma mampu lingkungan RM100 sebulan. Target untuk Dana pencen untuk umur 55 tahun. Ya , anda boleh lakukan.

1.Buat pembiayaan ASB RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun . Komitmen bulanan anda adalah RM108 sahaja. Dividen Jangan usik sehingga tempoh matang 30 tahun.

2.Tahun kedua tambah lagi pembiayaan ASB RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 29 tahun . Komitmen bulanan untuk pembiayaan ini adalah RM109 . Dividen Jangan usik dividen sehingga tempoh matang 29 tahun. Komitmen bulanan sekarang adalah RM108 + RM109 = RM217

3.Tahun ketiga tambah lagi pembiayaan ASB RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 28 tahun. Komitmen bulanan untuk pembiayaan ini adalah RM111. Jangan usik dividen sehingga tempoh matang 28 tahun. Komitmen bulanan sekarang adalah RM108 + RM109 + RM111 = RM328

4.Begitulah juga dengan tahun-tahun berikutnya tambah pembiayaan RM20,000 setiap tahun sehingga penuh pembiayaan ASB RM200,000 + ASB2 RM200,000 = RM400,000. Bermakna anda perlu tambah pembiayaan RM20,000 setiap tahun selama 20 tahun. Setiap tahun tambahan RM20,000 itu, kurangkan tempoh pembiayaan 1 tahun pada setiap pembiayaan yang ditambah. Rujuk pada gambar untuk simulasi penuh.
Kalau anda buat suami isteri, pencen nanti anda berdua ada RM3,800,000 ++

Selamat bertindak, boleh tag suami isteri @ pasangan masing-masing. Share jika status ini bermanfaat.
Terinspirasi dari status seharisinggit WM Syamzari.
*kiraan dividen mengambil purata 7.5% setahun
-KEY-


Oleh Khairul Ezuwan 


Baca Post Asal Di sini