Setiap kali saya bertemu klien buat kali pertama, saya akan tanya kenapa dia nak declare pendapatan perniagaannya dan mahu bayar cukai? Ada yang memang tahu tanggungjawabnya dan ada juga kerana sebab lain seperti untuk tujuan pinjaman bank, mahu ke luar negara dan ada juga yang memang telah mendapat 'surat cinta' dari pihak berkuasa.
Tidak kira apa sebab anda, setiap pemilik perniagaan mesti menyediakan penyata kewangan antaranya penyata untungrugi, kunci kira2 dan nota aset tetap sebelum boleh membuat taksiran cukai pendapatan. Ianya bukanlah boleh disiapkan dalam masa sehari dua tetapi ianya adalah hasil daripada catatan harian yang dibuat sepanjang tahun dari 1 Jan hingga 31 Dis. Justeru, apa yang perlu ditekankan oleh pemilik bisnes bukanlah semata-mata kepada pengiraan cukai tetapi SANGAT PENTING untuk anda menyediakan penyata kewangan kerana ianya memberi kesan secara langsung kepada cukai anda.
Bagi usahawan generasi X & Y, penyediaan penyata kewangan tidaklah begitu sukar lagi dengan adanya pelbagai sistem perakaunan mudah dan murah yang ditawarkan dipasaran. Maaf jangan tanya saya yang mana lebih baik sebab ianya sangat subjektif bergantung pada jenis dan saiz bisnes anda. Justeru, berikut adalah step yang perlu anda pemilik2 perniagaan tahu :
1. Penyediaan invois, resit, baucar dsb.
2. Penyimpanan rekod dan transaksi perniagaan untuk jualan, belian stok, perbelanjaan, utiliti, pemiutang, gaji dsb.
3. Penyediaan akaun dan lejar menggunakan sistem yang akan menghasilkan penyata kewangan lengkap.
4. Penyimpanan rekod2 pelepasan dan rebat cukai seperti caruman takaful, SSPN, belian buku, belanja perubatan dan resit zakat.
5. Pendaftaran, pengiraan dan serahan cukai pendapatan.
Lantaran itu, sebelum anda bertanya macam mana nak kira cukai perniagaan, pastikan anda sudah ada 4 perkara di atas dan jika anda adalah peniaga online, jangan sampai tak daftar bisnes dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yer.
Baca penuh Di Sini
Oleh Khairul Amal Hashim