1. Semalam saya minta peserta tuliskan seorang satu masalah yang mereka hadapi dalam hidup.
2. Ramai yang menulis masalah kewangan. Kata mereka gaji sekarang tidak cukup dan perlukan gaji/ duit yg lebih.
3. Saya jelaskan masalah timbul kerana apa mereka hendak lebih tinggi dengan apa yang mereka dapat. Jurang antara 'hendak-dengan-dapat' adalah punca masalah.
4. Untuk selesaikan masalah itu saya syorkan hapuskan jurang dengan melupakan apa yg mereka hendak dan bersyukur dengan apa yang mereka dapat. Respon mereka: tak boleh, hendak juga gaji banyak.
5. Kemudian saya tanya apa perlu dilakukan untuk dapat gaji lebih baik atau punca duit yg banyak. Respon mereka: berusaha lebih keras.
6. Saya kata apa lagi, lakukan segera. jangan buang masa. Peserta diam.
7. Saya rumuskan: (1) Ramai tahu punca masalah. (2) Ramai tahu apa perlu dilakukan. (3) Ramai tidak bersedia untuk melakukan kerana perlu banyak mengorbankan masa dan tenaga.
8. Kalau tidak bersedia berkorban masa dan tenaga, janganlah berharap masalah kewangan akan selesai. Wal hasil balik asal.
Baca Post Asal Di sini
Oleh Othman Rais