PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA
1. Ya, ramai yang telah tahu 13 dari 14 unit hartanahku pada asalnya mempunyai 1001 masaalah dan kekurangannya ketika aku cuba memiliki, dan ramai yang mula bertanya kenapa pembelian unit-unit tersebut tetap aku penuhi?
2. Jawapannya, kerana setiap masaalah punyai solusi dan setiap solusi pasti ada pulangan yang menanti.
i. Rumah 1 : Rugi kiranya aku melepaskan unit berharga RM59K ini. Walaupun terbengkalai, aku yakin akan ada pemaju lain yang bakal mengambil-alih dan menyiapkannya nanti. Kenapa? Semuanya disebabkan faktor lokasi dan ternyata telahan aku benar-benar terjadi.
ii. Rumah 2 : Walaupun rosak teruk tanpa frame tingkap tetapi harganya (RM45K) ternyata murah. Sementelah pula setiap kerosakan pasti boleh dibaiki dengan mudah. Hanya duit 'kos' dan kontraktor sahaja yang perlu aku kerah.
iii. Rumah 3 : Unit di Perdana Apartmen ini asalnya dibeli untuk dijadikan 'istana hinggap' kami suami isteri. Walaupun deposit aku 'SHORT' tetapi ibuku sudi mendahului. Setiap bulan instalmen buatnya sebagai janji. Alhamdulillah, segalanya selesai kini.
iv. Rumah 4 : Ya, kesilapan percaturan bagi studio unit ini menghasilkan negative cashflow sehingga kini. Namun, nasib baik kerugian negatif ini hanyalah RM2 yang perlu dikongsi. Antara aku dan Ahmad Kamil, yang sudi berjv.. hihihi.
v. Rumah 5 : Flat 7 murah harganya. Hanya RM50K harganya cuma. Walaupun terpaksa melunaskan tunggakan 14 bulan instalmen, namun untung saham mendadak naiknya. Membuatkan aku tersenyum gumbira. Bayar sahaja dengan hati yang berbunga-bunga.. hahaha.
vi. Rumah 6 : Unit lelong RM26K ini tidak berbumbung. Sudahlah tidak berbumbung, tiada bank yang sudi memberi pinjam kerana kata mereka tidak banyak untung. Bab bumbung solusinya mudah, cuma bab pembiayanya yang menjadikan aku murung. Penyudahnya, tawaran aku kepada bank bagi menaikkan interest menjadikan pinjaman kecil ini mula mereka hitung. Lega !!
Baca Post Asal Di sini
Oleh Abang Ensem