Masam Pahit Kelat Dunia Hartanahku Oleh Abang Ensem Part 2

Terima kasih kerana mencukupkan 1,000 jumlah likes untuk post semalam dan berikut adalah sambungan kepayahan aku bergelar pelabur hartanah :

vi. Rumah keenam (2007) : Alhamdulillah, pembeliannya mudah. Sayangnya penyewa-penyewanya jarang kekal lama, asyik berpindah-randah.

vii. Rumah ketujuh (2007) : Vista Angkasa, hartanah ketujuh yang dimiliki. Murah harga (RM150K) yang dibeli. Selepas 7 tahun, barulah diketahui yang unit ini rosak teruk perlu dibaiki. Inilah bahana beli terus tanpa langsung diselidiki.

viii. Rumah kelapan (2007) : Seksyen 8, lokasi yang dibeli. Baik penyewanya ketika rumah dilawati. Selesai urusan baru diketahui bekalan api ke rumah adalah dari hasil 'curi'. Ditambah dengan permintaan "tolong buatkan tandas" oleh penyewa, tidak langsung pemilik sebelumnya penuhi.

ix. Rumah kesembilan (2008) : Unit di Kota Damansara pencetus masalah. Jauh jaraknya menjadikanku lelah. Tanpa pemantauan, penyewanya 'lari malam' membuatkanku susah. Solusinya, khidmat subletter Mukaram terpaksa aku kerah.

x. Rumah kesepuluh (2010) : Unit ini asalnya bukan unit aku. Aku hanya perantara antara ejen dan kawanku. Deposit diberi dan borang OTP di 'sign mati'. Penyudahnya, kawanku pula menarik diri tak jadi beli. Terpaksalah aku menjadi pengganti bagi menyelamatkan deposit dari di'forfeit' agensi.

xi. Rumah kesebelas (2010) : Punyalah sukar membeli unit ini. Harganya murah, rugi kalau tak beli. Sayang pemiliknya beremosi tinggi. Prosedur yang mudah susah difahami. Penyudahnya, duit poket menipis gara-gara terpaksa melayani.

xii. Rumah kedua belas (2012) : Harganya tak masuk akal. 63.63% below market seakan tak logik akal. Sayangnya hanya belian tunai untuk memastikan ianya milikan kekal.

xiii. Lot komersial ketiga belas (2013) : Saje acah-acah pada mulanya. "I beli cash kalau you give me 'this' price", bunyi lagaknya. Sekali pemaju kata, "Ok", aku ternganga. Bertungkus-lumus mencari pembiaya. Akhirnya, terpaksa JV dengan rakan 'berada'.

Pasti ada yang tertanya akan masalah hartanah keempat belas?

Alhamdulillah, double-storey (hartanah ke 14 - 2006) ini dimiliki tanpa sebarang masalah. Malah, cashback mengiringi menjadikannya mudah. Ternyata ianya langsung tidak mendatangkan resah. Aku lega dan hati tak gundah.

Aku yakin pasti ada juga yang tertanya-tanya, kenapa aku masih membeli hartanah-hartanah ini walaupun berhadapan banyak masalah?

Baca Post Asal Di sini


Oleh Abang Ensem