Guna EPF AC 2 Bayar Principal Pembiayaan Rumah Mengurangkan Baki Adalah Satu Kesilapan Besar Oleh KEY



Kenapa? Anda tahu tak dividen EPF lebih tinggi daripada profit bank untuk pembiayaan perumahan anda ? Anda tahu dalam EPF dividen tersebut compounding ? Anda tahu tak profit pembiayaan rumah itu mengikut reducing balance. 

Kalau orang yang pandai mengira , mereka tidak akan gunakan EPF AC 2 untuk membayar Principal pembiayaan rumah.

Saya tunjukkan di sini salah satu cara yang efficient menggunakan EPF AC 2.

Bayar Pembiayaan Rumah 5 tahun, hampir 3 tahun dapat bayar percuma tanpa penambahan sebarang komitmen bulanan 

Contoh pembiayaan rumah anda:
Pembiayaan Rumah: RM230,000
Tempoh pembiayaan: 35 tahun
Effective profit rate : 4.55%
Installment bulanan: RM1100

Andaikan akaun 2 EPF anda mempunyai nilai RM13200. Keluarkan duit berkenaan untuk membayar setahun installment rumah anda. Ini bermakna dalam tempoh setahun tersebut anda terlepas komitmen untuk membayar rumah.

Buat pembiayaan ASB:
Pembiayaan ASB : RM200,000
Tempoh pembiayaan : 30 tahun
Effective profit rate : 5.2%
Installment bulanan : RM1100

Gunakan komitmen bayaran yang bebas Selama setahun pada Pembiayaan rumah tadi untuk membayar pembiayaan ASB tersebut selama setahun.

Selepas 1 tahun, mula bayar installment rumah seperti biasa. Selepas satu tahun juga ASB telah menghasilkan dividen. Gunakan dividen untuk bayar installment tahun berikutnya. 

Begitu juga seterusnya sehingga tahun ke 5 (contoh tempoh). ( Teknik Pengubahan ASB Genius)
Selepas 5 tahun @ bulan ke 60, contoh cancel pembiayaan ASB:

Dividen terakhir : RM14500☑️ (@7.25%)
Baki cash setiap tahun selepas bayar payment tahun berikutnya : RM14500 - RM13200 = RM1300 x 4 tahun = RM5200☑️
Cancel pembiayaan : Sijil RM200,000 - baki pembiayaan RM184,200 = RM15800☑️
Total = RM35,500✔️

RM35,500 ini boleh membayar 32 bulan installment rumah anda @ mengurangkan baki principal pembiayaan dengan lebih efficient.

Ulangi lagi step yang sama untuk 5 tahun seterusnya.
Anda nampak kepelbagaian fungsi ASB. Ia bukan Hutang , ia tools pemusnah hutang dengan lebih pantas. Dengan Ilmu anda mampu lakukan.
-KEY-

Baca Post Asal Di sini


Oleh Khairul Ezuwan