Kadar Cukai Baru Lebih Rendah Oleh Khairul Amal Hashim



Tidak semua tentang cukai adalah berita buruk. Berita baiknya adalah kadar cukai kini semakin rendah KECUALI bagi mereka yang memiliki pendapatan bercukai RM400,000 ke atas.

Buktinya adalah kadar minimum pendapatan tahunan yang memerlukan anda mendaftar sebagai pembayar cukai individu adalah seperti berikut ;

Pengenaan Cukai : Perlu Mendaftar di LHDN

Tahun 2010 : RM 26,501 (selepas KWSP)

Tahun 2015 : RM 34,000 (selepas KWSP)

Saya drafkan pengiraan cukai mudah untuk anda memahaminya dan melihat mengapa jumlah RM34,000 itu menjadi kadar minimum. Ianya mengandaikan anda adalah seorang yang masih bujang, bekerja dan mencarum KWSP pada kadar 11%. Tiada lain2 pendapatan dan juga pelepasan diterima dan layak dituntut.

** Ambil perhatian terdapat pelepasan khas RM2000 bagi tahun taksiran 2015 untuk mereka yang berpendapatan sehingga RM8000 sebulan.

Tanpa pelepasan khas ini, anda akan dapati jumlah cukai dikenakan adalah RM400 dan selepas ditolak rebat diri berjumlah RM 400 maka cukai perlu dijelaskan adalah '0'.

Baca penuh Di Sini

Oleh Khairul Amal Hashim