ILMU REFINANCING PART 5

▪ Jom rini Abe ajar in detail kenapa kita perlu mencari Bank seperti HSBC atau BSN untuk pembiayaan semula.

▪ Jangan baca kalau tak nak jimat aliran tunai bulanan. Not for newbies yang baru beli rumah. Ilmu khas ini untuk mereka yang dah ada rumah lebih 3 tahun.

▪ Mengikut undang2 BNM, bank kena ketatkan refinancing sebab pelabur terlalu banyak guna tool ini untuk reinvest.

▪ Bank negara ketatkan yang perlu ada dua akaun untuk refinancing. 1 untuk pembiayaan semula baki hutang dengan Bank A (bank asal) dan akaun 2 untuk pembiayaan cashback (perahan tunai akibat kenaikan market value rumah). Perahan ini akan dibayar oleh bank B (bank baru).

▪ Akaun 1 dibenarkan tenure semaksimum mungkin. Untuk BSN contohnya up to 35 years (420 bulan) but limited sampai umur 65 tahun. HSBC pula untuk mereka yang bergaji 10k sebulan boleh up to 70 years atau 35 tahun.

▪ Pelabur akan memilih max tenure untuk mengoptimumkan aliran tunai dan menjaga DSR.

▪ Akaun 2 BNM benarkan max tenure up till 10 years (120 bulan). Ia ala ala personal loan tapi interest rate cantik. Jem Kreng...

▪ Jadi bila kombo Akaun 1 dan Akaun 2...hasilnya zahanam DSR dan aliran tunai.

▪ Setakat ni ada 2 bank Abe tahu masih bagi Satu Akaun sahaja: BSN dan HSBC. Abe baru je dapat pitis Public Bank...sakit juga monthly payment sebab dua akaun...pesal laa tak jumpa Ashraf Harun dari HSBC awal2. Yang BSN kenaikan bayaran baru mampu dicover dengan sewa Expats di condo Cyber Abe.
Contoh Kiraan:

▪ Anda beli apartmen 5 tahun lepas. Harga asal 250k. Loan 225k. Tenure max bulanan 1065 rm (Gambar 1)

▪ Selepas lima tahun, baki tinggal dengan Bank A ialah 210k (gambar 2)

▪ Harga apartment meningkat ke 361.1k. Refinance layak 90% dari MV. Hutang baru ialah 325k.

▪ Sekiranya anda dapat Satu Akaun macam BSN dan HSBC, bayaran baru kepada Bank B ialah 1538 rm. Beza dengan bayaran lama pada bank A ialah 473 rm sahaja. Mungkin dalam 5 tahun sewa dah naik sebanyak ini atau gaji dah naik sebanyak ini (Gambar 3). Dan anda dapat cash segedebuk 115k (325k tolak baki 210k)

▪ Tapi untuk bank bank lain, Ada dua akaun. Kombinasi bayaran Akaun 1 994 rm sebulan (gambar 4) dan Akaun 2 1192 rm (gambar 5). Kombo bulanan 2186 rm! Anda dapat 115k juga cash.

▪ Beza tak 2186 rm dan 1538 rm? Banyak tuu...dekat 650 rm...bullet untuk property 140k tu....

1.

2.



3.

4.
5.


Oleh Abe Nazz Daimyo EcoPark 

Baca penuh Di Sini