APA ITU KANUN TANAH NEGARA ( KTN ) ?

Kanun Tanah Negara adalah undang-undang yang mengawal sistem pentadbiran tanah di Malaysia. Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah Negara(KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. Dari tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud disemua negeri di Semenanjung Malaysia.

Sebelum 1.1.1996 ,semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang agak berlainan. Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang (yang di contohi daripada undang-undang harta dan pindahak Inggeris) yang dengannya suratikatan yang di sempurnakan secara persendirian adalah asas 
hakmilik bagi tanah.

Secara perbandingan sembilan buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh di perolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang diamalkan di sembilan buah Negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens atau sistem pendaftaran hakmilik.

KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum 1.1.1966). Untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1.1.1996.

Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka ), 1963, kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1.1.1996. Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).

APAKAH SISTEM TORRENS ?

Sistem Torrens sebenarnya adalah berasal daripada sistem yang digunapakai di Australia dan tidak diambil daripada British walaupun kita diperintah oleh British pada masa dahulu. Sistem ini adalah amat berkesan dalam menguruskan pemilikan tanah dan mengenalpasti ciri-ciri pemilikan tanah tersebut melalui maklumat-maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik itu sendiri.
Melalui Sistem Torrens terdapat 2 prinsip yang digunapakai iaitu:

1) Prinsip ‘Cermin’ (mirror)
2) Prinsip ‘Tabir’ (curtain)

Melalui Prinsip Cermin, dokumen hakmilik disediakan dalam 2 salinan asal yang mana satu salinan disimpan di Pejabat Tanah berkaitan (sama ada Pejabat Tanah Daerah atau Pendafar Hakmilik Negeri) dan satu lagi akan disimpan oleh pemilik tanah berkenaan. Segala maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik di Pejabat Tanah terdapat di dalam dokumen hakmilik yang disimpan oleh pemilik hartanah yang bermakna segala maklumat yang diingini oleh seseorang mengenai hartanah berkenaan boleh diperolehi sama ada melalui salah satu dokumen berkenaan sebagaimana prinsip cermin.

Prinsip kedua pula iaitu Prinsip Tabir bermaksud segala maklumat berkaitan hartanah adalah dinyatakan di dalam dokumen hakmilik berkenaan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat berkenaan seperti jenis kegunaan tanah, saiz, jenis pemilikan, syarat-syarta nyata dan pemilikan hartanah berkenaan.

Sistem Torrens merupakan asas kepada sistem tanah Malaysia dan menjadi jantung kepada Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 di bawah Seksyen 340. Banyak kes-kes yang melibatkan masalah pemilikan hakmilik telah merujuk kepada Seksyen ini dalam perbicaraan di Mahkamah tetapi terdapat kes-kes yang mana rujukan yang dibuat kepada Seksyen ini telah membawa kepada salah tafsiran teutamanya terhadap Subseksyen (3) yang melibatkan pemilik atau pembeli bona fide.

Sekadar Perkongsian Untuk Semua

Oleh Putera Ambo  


Baca penuh Di Sini