Tips Progress Payment Buat Rumah Sendiri

Sejak kebelakangan ini, ada pihak2 yang menawarkan pakej bina rumah mampu milik diatas tanah owner sendiri dengan bayaran secara tunai pada harga murah. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa perlu bayar penuh dan menunggu berbulan2 untuk mula dibina serta proses pembinaan sampai bertahun ?

Ambo disini bukan hendak bandingkan kaedah itu dengan mana2 pihak, cuma ambo ingin kongsikan contoh jadual bayaran berperingkat untuk pembinaan rumah secara tunai yang biasa digunakan. Antaranya adalah seperti berikut dengan contoh harga pembinaan RM75k :

1. Apabila perjanjian selesai ditandatangani : 15% 
2. Siap pertapakan dan beam bawah : 15% 
3. Tiang dan jokong/ikatan bata : 10% 
4. Beam atas dan konkrit lantai : 10%
5. Bumbung : 15% 
6. Plaster luar dan dalam : 10%
7. Siling luar dan dalam : 10% 
8. Mengecat : 5% 
9. Kaki lima dan saluran najis : 5%
10. Pintu,jendela,tiles dan lampu kipas : 5%

JUMLAH : 100%

Biasanya selepas 2-4minggu dari bayaran peringkat pertama, pihak kontraktor sepatutnya sudah boleh memasuki tapak bina. Tuntutan bayaran yang perlu dibuat juga berdasarkan peringkat jadual kerja dan bukannya bayar penuh dulu semua baru nak masuk bina.

Baca Penuh Di Sini


Oleh Putera Ambo