Lot Banglo

1) Sebelum beli pastikan lot banglo itu mempunyai 
geran individu atau geran kongsi

2) Sekiranya geran individu, lihat status geran
bangunan dan keluasannya

3) Jika ada geran individu, anda boleh memohon 
pembiayaan pihak bank, bergantung samada 
pegangan bebas akan diberi nilaian lebih berbanding
rezab melayu

4) Geran individu mempunyai sempadan lot tanah yang
jelas

5) Geran kongsi biasanya harga lebih murah kerana
masih status pertanian dan belum tukar syarat serta 
masih belum di pecah sempadan

6) Ada penjual yang mengutip sedikit deposit bagi 
membolehkan proses tukar status dan pecah 
sempadan dilakukan secara berperingkat, namun 
banyak masalah dan risiko akan wujud.

7) Geran kongsi bermakna semua berkongsi sempadan,
berkongsi membayar cukai tanah dan sekiranya gov
mengambil tanah pampasan akan dikongsi

8) Jika anda bersetuju membeli tanah geran kongsi
status pertanian, penjual dan pembeli harus 
menandatangani surat ikatan pemegang amanah
atau trust deed.

9) Masalah akan timbul sekiranya berlaku kematian
dan melibatkan proses pusaka sekiranya masih
belum tukar syarat dan pecah sempadan.
Geran kongsi memang murah tapi banyak masalah
dan risiko di kemudian hari. Geran individu agak mahal
tetapi selamat dan jelas.


Oleh Hafizal Baderi 


Baca penuh Di Sini