Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah?

Fahami keadaan sebenar dgn 3 data ini
==================================
Betul ke rakyat Msia tak mampu beli rumah? Apakah keadaan pasaran hartanah di Msia? Hari ni saya nak kongsi 3 maklumat penting supaya kita dapat memahami keadaan pasaran hartanah di Msia: umur, pendapatan dan harga rumah.

UMUR
14.375 juta atau 47%, hampir setengah drpd lebih kurang 30 juta rakyat Msia berumur 20-49 tahun. Ini berdasarkan data tahun 2015.

10.455 juta atau 34%, satu pertiga rakyat Msia berumur 0-19 tahun. Bermakna 81% drpd rakyat Msia berumur di bawah 49 tahun.

Msia dianggap sebuah negara yang muda. Golongan muda inilah yg memacu permintaan hartanah.

Pada tahun 2040, populasi Msia diunjurkan mencapai 38 juta. Populasi dalam julat 20-49 tahun akan kekal sebagai kumpulan utama sebanyak 44% drpd populasi keseluruhan walaupun berkurang 3% drpd data 2015.

PENDAPATAN MEDIAN
Pada tahun 2015, purata pendapatan median adalah rm4,585. Kalau diunjurkan, ini bermaksud pendapatan median setahun adalah rm55,020.

HARGA HARTANAH
Harga hartanah yg dianggap mampu milik adalah 3 kali ganda pendapatan setahun. Berdasarkan maklumat di atas, harga rumah mampu milik ialah rm165,060! Huhu!!
Kalau dilihat laporan Bank Negara, julat harga rumah mampu milik rm165k-242k.

Apa pula yang dibina? Hanya 21% rumah baru berharga di bawah rm250,000 pada tahun 2014! Dan banyak hartanah dibina di atas harga rm500,000!

BEKALAN YANG DIPERLUKAN
Dengan pertumbuhan populasi Msia, pasaran hartanah perlu menyediakan sejumlah 200,000 rumah baru setiap tahun dari tahun 2016 hingga 2020. Ini adalah 2.5 kali ganda drpd apa yg dibina setahun sekarang!

Bekalan yg diperlukan ialah utk golongan belia yg berada dalam kategori pendapatan pertengahan dan rendah. Namun, banyak projek mensasarkan rumah utk golongan 50 ke atas yg mungkin lebih berkemampuan. Bekalan rumah yg berharga rm300,000 ke bawah lebih diperlukan utk golongan 20-49 tahun.

Permintaan utk hartanah dalam kategori ini akan kekal menjadi utama hingga tahun 2040 memandangkan populasi berumur 20-49 tahun masih menjadi kumpulan terbesar yg sememangnya membentuk permintaan utk rumah.

APAKAH PENDAPATAN ANDA DENGAN DATA INI?

APAKAH PELUANG YANG ANDA NAMPAK?

AHYAT ISHAK
Pejuang Hartanah

Sumber:
Laporan Tahunan 2015 Bank Negara
Khazanah Institute Report
Jabatan Statistik Malaysia
Kupasan drpd artikel asal yg ditulis oleh
Mike Geh: Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn Bhd
The Edge Property
3 Mei 2016

Baca Penuh Di Sini