Semalam saya kongsi sedikit info pasal Rumah Kos Rendah, hari ni saya nak kongsi sedikit info pasal Rumah Mampu Milik.
Refresher;
¥ Rumah Kos Rendah ¥
~> syarat sekatan gaji di bawah RM2,500 (KL) / RM3,000 (Selangor)
¥ Rumah Mampu Milik ¥
~> syarat gaji di antara RM2,500 hingga RM10,000 (KL) atau RM3,000 hingga RM8,000 (Selangor).
PR1MA VS RumaWIP VS Rumah Selangorku
¥~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¥
1) PR1MA
=+•+=+•+=
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.
Kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, hanya
tandakan kotak yang berkaitan dengan anda:
1. Anda mestilah warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah individu dan keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 - RM10,000
4. Tidak memiliki hartanah lebih dari SATU sama ada anda atau pasangan anda (jika ada)
NOTA
• Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
• Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
• Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain.
• Rumah PR1MA wajib didiami pemilik.
(Di rujuk melalui Website PR1MA)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2) Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
=+•+=+•+=+•+=+•+=+•+=+•+=
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.
Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Di dalam keadaan semasa di mana harga rumah yang tinggi dan kekurangan rumah harga murah, ini menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana sukar untuk membeli dan memiliki rumah.
Dengan itu dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) disediakan untuk merealisasikan Dasar Perumahan Negara dicapai di Wilayah Persekutuan di mana keperluan pemilikan rumah diasaskan kepada keperluan penduduk yang disandarkan kepada kemampuan untuk membeli dan membayar.
Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.
Harga RumaWIP adalah dari RM188,000 - RM300,000
Syarat Pemilikan RumaWIP
1. Berumur 21 tahun ke atas
2. Menetap di Kuala Lumpur lebih dari 3 tahun, (atau)
3. Bekerja di Kuala Lumpur lebih dari 3 tahun.
4. Tidak mempunyai rumah di Kuala Lumpur
5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.
6. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 10 tahun.
(Di rujuk melalui Website RumaWIP)
Kenapa saya sarankan pemilikan RumaWiP khususnya untuk orang yang ingin memiliki rumah Pertama?
1) Lokasi di kawasan "Prime Area"
2) Harga lebih rendah berbanding harga pasaran (kurang dari RM400 psf)
3) Di bina di atas tanah DBKL yang sangat strategik "di kawasan Wilayah Persekutuan".
4) Pembinaan & status kemajuan Projek di kawal setia ketat oleh DBKL
5) Pemohon juga akan di saring oleh DBKL.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3) RUMAH SELANGORKU
=+•+=+•+=+•+=+•+=+•+=
Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah)
Keluasan 700sf
Harga Jualan - RM42,000
Syarat kelayakan pendapatan kurang dari RM3,000
Rumah Selangorku Jenis B / C / D
(Rumah Mampu Milik)
Harga jualan dari RM100,000 - RM250,000
Syarat kelayakan pendapatan dari RM3,001 - RM8,000
Syarat Pemilikan Rumah Selangorku (Rumah Mampu Milik)
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Pendapatan isi rumah dari RM3,001 hingga RM8,000.
3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang kediaman di Selangor.
4. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon.
5. Pembelian rumah adalah untuk didiami, bukan untuk disewakan.
6. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.
(Di rujuk melalui Website Rumah Selangor)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MUDAHNYA BELI RUMAH
PILIHAN DI TANGAN KITA!
Informasi yang di sediakan di atas berdasarkan kajian persendirian diri saya sendiri.
Sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak yang berkaitan dengan skim perumahan mampu milik tersebut!
Sekian, terima kasih.
Semoga bermanfaat.
Salam Ukhwah,
Firdaus Pay - FP -
Baca Penuh Di Sini