halangan yang diperuntukan oleh undang undang
bagi melindungi kepentingan pihak yang terlibat.
Terdapat 4 jenis kaveat dan disini saya ringkaskan :-
1) Kaveat Pendaftar - kaveat yang didaftarkan oleh
pendaftar. Tujuannya ialah bagi melindungi hak
hak pemilik tertentu dan hak hak kerajaan sekaligus
menghalang penipuan dalam urus niaga.
2) Kaveat Persendirian - Kaveat yang dimasukkan oleh
individu atau mana mana badan yang mempunyai
kepentingan keatas hartanah terbabit.
3) Kaveat Lien - Kaveat ini dimasukkan oleh individu
atau mana mana badan yang memeganf dokumen
hak milik hartanah tersebut contohnya sebagai
cagaran untuk tujuan pembiayaan bank
4) Kaveat amanah - Dimasukkan oleh pendaftar kepada
individu atau badan yang memegang amanah keatas
milikan tersebut.
Kaveat ini boleh dimasukkan oleh suami/isteri, bank,
adik beradik dan mana mana pihak yang punyai
kepentingan umumnya. Contohnya jika anda meletakan
sedikit deposit bagi membeli hartanah tersebut dan
lampirkan bukti bayaran tersebut anda berhak membuat
kaveat sementara proses pindah milik siap.
Dalam kes pusaka, anda juga berhak memasukkan
kaveat semasa proses pusaka dijalankan bagi
memastikan semua pihak telus dan tiada penipuan.
Suami isteri yang dalam proses cerai juga boleh
memasukkan kaveat sementara pihak mahkamah
memutuskan pembahagian harta sepencarian.
Sekiranya anda ingin membeli hartanah subsale atau
tanah pastikan buat carian dahulu bagi memastikan
ada atau tidak kaveat, kerana kadang kadang hartanah
yang ada kaveat agak merumitkan namun ada jalan
penyelesaian jika kita mengetahui lebih awal.
Oleh Hafizal Baderi
Lihat penuh di Sini