Kenapa Saya Masih Tak Beli Rumah


Kerja dah hampir 20 tahun
.
pada suatu masa dahulu, selepas kahwin hampir 3 tahun.. hasil berjimat simpan duit gaji, alhamdulillah kami berjaya beli sebidang tanah pertanian di kampung luas 1 ekar suku.. (50,000kps ++).. letak nama isteri.. harga waktu itu RM30,000 tunai..
.
tanah tersebut di tanam rambutan.. lebih 40 pokok.. hasil rambutan pak mertua jual.. semua duit jualan kira bagi padanya dia ambil utk belanja.. kalau setakat org kampung nak makan dia bagi free sahaja..
.
setelah 11 tahun.. pada hari ini nilai tanah tersebut RM100k.. beberapa tahun sudah ada pembeli sanggup nak bayar RM80k..
.
tanah luas seekar suku boleh pecah sempadan kepada 5 lot rumah dgn keluasan setiap lot 8000kps.. letak harga RM60k satu lot di kawasan tersebut boleh jual dgn mudah..
.
dapat RM300k tunai.. modal pecah lot dgn melantik juruukur di kampung dlm RM25k sahaja.. kalau tiada modal langsung offer pada juruukur satu lot.. berguling guling juruukur akan setuju.. 
.
baki ada lagi 5 lot.. jual 4 lot dapat RM240k..
duit ini guna untuk buat rumah TUNAI di tapak baki satu lot lagi.. dengan RM200k dapat banglo tersergam indah di kampung ..
.
inilah kisahnya.. tanah di Kampung Buloh Setiu, Terengganu.. saya masih suami yang bertanggungjawab walaupun tak beli rumah.. lebih-lebih lagi ada lagi 2 tanah lain juga di kampung nama isteri..
.
~ tanah nama saya sudah tentu di Sepang.. 
.
~ sudah memiliki tanah, untuk memiliki rumah bukan persoalan yang besar..

Baca penuh Di Sini


Oleh Muhd Aman