BANK dan KWSP Boleh Bantu Anda Dapat RUMAH PERCUMA

BANK dan KWSP boleh bantu anda dapat RUMAH PERCUMA, dengan hanya bayar separuh dari harga jualan, rumah jadi milik anda.

Ini mungkin 'skim' baru yang ada dipasaran hartanah dan boleh digunakan oleh individu yang makan gaji dan semestinya ada caruman KWSP. Peranan KWSP adalah menyediakan platform simpanan hari tua, tapi sebenarnya ianya lebih dari itu. Ianya mampu bantu anda dapatkan rumah free seawal usia anda tak perlu tunggu 30 tahun baru dapat geran.


Kita mungkin rasa sayang nak gunakan simpanan KWSP di akaun 2 dengan alasan nanti umur 50 tahun paling tidak ada simpanan bernilai lebih kurang 100,000 termasuk dividen jika beranggapan pendapatan kekal 3,000 sebulan selama 20 tahun bekerja. Namun sebenarnya kelebihan ini boleh diubah menjadi Rumah dengan hanya mengambil masa 7 tahun dari tarikh anda mula lakukan kaedah dibawah.
ILUSTRASI
*GAJI : 3,000 sebulan
*Makan Gaji
*Caruman KWSP 11%

1. Beli rumah dengan harga 230,000 dengan kadar keuntungan bank 4.7% untuk tempoh pinjaman 30 tahun. Instalment bulanannya ialah 1200 sebulan. Maksudnya tetapkan komitmen yang perlu di serve dari poket sendiri ialah 1200 setiap bulan selama 7 tahun kehadapan. Selepas lulus permohonan dan selepas proses pindahan hak milik selesai, cuba dapatkan rental seawal mungkin. Mungkin akan ada yang menempelak ianya tidak semudah yang dikatakan. Memang la, pelaburan hartanah ni bukan pelaburan semberono, ianya memerlukan ilmu yang tinggi dalam mengenal pasti kawasan yang hot dan mudah untuk mendapatkan sewaan. Tambahan pula agent hartanah sentiasa menghulurkan bantuan dalam mencari penyewa yang berkualiti, jangan risau. 

2. Siapkan tenancy agreement yang distamp dan sah, uruskan penyewa supaya memasukkan sewa pada tarikh yang sama dan konsisten setiap bulan contohnya 5hb atau sebagainya. Ini bertujuan untuk dijadikan bukti pendapatan yang sah hasil dari komitmen pinjaman perumahan tadi. Anggap kita sewakan dengan kos 110% dari instalment yakni 1300. Simpan RM100 positif cash flow tersebut. Mohon ASB financing 200k untuk tempoh 5 tahun dengan instalment 1200 sebulan dan 99% penulis pasti pembiayaan ASB tadi akan lulus dengan mudah disebabkan DSR yang rendah. Disebabkan instalment rumah telah dilangsaikan oleh penyewa, maknanya komitmen hanya kekal 1200 setiap bulan pada ASB sahaja. Ulang proses ini, gaji bayar ASB 1200, manakala rumah penyewa bayarkan instalment.

3. Untuk graduan atau orang-orang muda yang baru bekerja, duit KWSP akaun 2 anda masih kecil, sekitar 4,000 ke 5,000 sahaja sebab caruman masih berada pada fasa permulaan. Caruman bulanan ialah 11% dari gaji 3,000 : 330. Daripada 330 ini, bukan semua akan masuk ke akaun 2 KWSP, hanya 0.73%x sahaja yang akan ditransfer ke akaun 2 dimana x ialah jumlah caruman pekerja bulanan. Amaunt yang akan masuk ke akaun 2 tadi ialah 240. Mohon pengeluaran akaun 2 KWSP untuk buat tujuan bayaran instalment rumah. Minimum permohanan ialah 6 bulan dan maksimum 1 tahun, jadi buat pengeluaran setiap tahun dan 240 tadi akan dikreditkan kedalam akaun bank simpanan anda setiap bulan.

4. Sekarang ada lebihan 240 setiap bulan dari pengeluaran KWSP dan lebihan sewa 100. Total lebihan setiap bulan anda ialah 340. Setiap bulan selepas anda langsaikan instalment rumah dengan duit sewaan tadi, bayar lagi tambahan 340 kedalam instalment guna duit KWSP dan lebihan sewa. Informkan kepada pegawai bank untuk kreditkan bayaran lebihan itu ke principal. Bayaran lebihan ke principal akan buatkan total charge keatas keuntungan bank berkurang. Bukan semua pinjaman perumahan “Full-Flexi” jadi oleh sebab itulah harus inform kalau tidak ianya hanya akan terapung sebagai “excess payment“ sahaja untuk instalment bulan depan. Mungkin info ini agak berat sedikit untuk yang baru menceburi bidang ini.

5. Sekarang saya imbas kembali proses yang perlu diulang selama 7 tahun. PERTAMA, bayar instalment ASB 1200 setiap bulan tanpa usik dividen yang masuk. KEDUA, kutip sewa 1300 dan bayar instalment rumah 1200 setiap bulan. KETIGA, buat pengeluaran KWSP 240 setiap bulan untuk bayaran instalment rumah. KEEMPAT, gunakan 240 duit pengeluaran KWSP dan lebihan sewa 100 setipa bulan untuk bayar extra pada instalment rumah dengan memberi tahu pada pihak bank untuk lebihan tadi dimasukkan kedalam “Credit pay-in” akaun pinjaman rumah. Diharap dengan rumusan ini buat anda nampak flownya.

6. Selepas 84 bulan/7 tahun buat bayaran rumah beserta lebihan tadi, baki pinjaman rumah anda berbaki 167,277. Maksudnya jumlah ini diperlukan untuk buat settlement akaun pinjaman rumah tersebut. Dari mana nak dapatkan sejumlah tunai tersebut? Cuba periksa berapa yang anda dah kumpul dalam ASB. Selama tempoh
 7 tahun, dividen ASB terkumpul dengan kadar average 7.5% ialah 131,800. Manakala prinsipal terkumpul dalam pembiayaan ASB selepas 84 bulan ialah 32,941. Tambahkan semuanya = 164,741. Inilah jumlah tunai yang sudah ada ditangan. Cukup bukan untuk langsaikan pinjaman rumah tersebut? Owh belum cukup!, masih negative 2,536. Mudah, gunakan deposit rumah sewa anda (2+1/2) = 3,250. Langsaikan.

7. Selepas tahun ke 7, dengan menggunakan kelebihan KWSP yakni tanpa mengganggu duit poket bulanan, dan kelebihan pelaburan hartanah melalui sewaan, Rumah berharga 230,000 tadi habis bayar dalam tempoh 7 tahun sahaja. Cuba kira kos yang telah kite keluarkan dari pendapatan dalam proses memiliki rumah ini : 1,200 x 84 = 100,800 dan KWSP 240 x 84 = 20,160. Maka jumlah kos belian adalah 120,960 = 50% dari harga asal dan siap TANPA apa-apa bayaran keuntungan kepada bank! 30 tahun jadi 7 tahun adalah satu kejayaan yang agak ajaib sebenarnya. Siapa cakap anda kene tanggung hutang rumah sampai pencen?

Disclaimer : Seperti biasa, ini adalah sekadar teori dan konsep yang diolah dari pemahaman dan pengalaman penulis. Kalau ianya sesuai , boleh teruskan, kalau tak sesuai tinggalkan, semua proses untuk merasa sesuatu kejayaan akan sentiasa ada halangan. Jangan jadikan cabaran sebagai penghalang, namun lihatlah cabaran itu suatu peluang keemasan demi kejayaan.

Oleh Hafiz Hazmi 


Baca penuh Di Sini