Disini ambo hendak kongsikan kaedah untuk anda memiliki hartanah yang mampu jimat sehingga 100% dari harga jualan pasaran semasa. Kajian ini berdasarkan harga unit rumah semid setingkat yang biasanya dijual dari rm250k untuk keluasan rumah 1100kp dipasaran kelantan sekarang. Mungkin tahun 2020, harga hartanah itu mampu cecah melebihi rm400k berdasarkan kenaikan nilai semasa diambil kira sekitar 15% setahun. Harga hartanah itu dinegeri lain mungkin lebih lagi.
Kaedah Pertama Pakat Beli Tanah
- katakan anda mencari dan membeli tanah sekar pada kos rm200k termasuk kos tukar syarat dan pecahlot/sempadan kepada lot semid. Tanah sekar mampu menghasilkan sekitar 12lot semid untuk saiz asas 40x70. Buat pakatan kepada 12orang untuk memiliki tanah itu. Jadi rm200k / 12 orang = lebih kurang rm17k seorang perlu keluarkan untuk memiliki lot semid itu. Biasanya tempoh untuk mendapatkan geran individu mengambil masa sekitar 1-2tahun. Katakan 2016 ini pakatan itu berlaku, maka 2018 geran setiap lot dan setiap penama akan dapat.
Kaedah Kedua Pakat Bina Rumah
- katakan pada tahun 2018, kadar harga kontrak binaan rumah semid sekitar rm140skp. Kadaran ini diambil kira berdasarkan kenaikan kos bina setiap tahun diantara 5-10% setahun. Setiap penama lot tanah itu perlu deal dengan kontraktor untuk membuat binaan rumah kepada 12buah itu. Jika keluasan binaan 1100kp x rm140, maka kos setiap orang adalah sekitar rm154k.
Kesimpulannya, kos keseluruhan setiap pakatan itu adalah rm154k + rm17k = rm171. Katakan kos2 lain spt infra diambil kira jadi total kos keseluruhan setiap orang adalah sekitar rm200k. Rumah itu mungkin siap dibina pada tahun 2020, diketika nilai hartanah itu sudah mencecah rm400k sebuah.
Adakah situasi ini mustahil untuk terjadi ?
Tepuk dada, tanya selera anda. Mulakan langkah pertama bermula sekarang.
Oleh Putera Ambo
Lihat post asal di Sini