Teknik Elak LVT70

Oleh Abe Nazz Zain 


Baca penuh Di Sini


APA ITU SKIM 10-90?

Skim 10-90 ialah skim pembelian rumah undercons yang mantap dan terbaik untuk mengatasi masalah LTV70.
Skim ini sebenarnya serupa dengan seruan kerajaan iaitu skim bina dulu baru jual.Namun skim ini tidaklah begitu digemari pemaju undercons.

Pemaju undercons sebenarnya banyak yang membuat pinjaman dari bank. Kadar faedahnya agak tinggi mencecah 8% setahun.

Biasanya pemaju hanya meminjam ngam-ngam dari bank untuk memulakan projek perumahan. Selebihnya mereka mengharapkan duit dari bank pembeli rumah mereka.
.
.
HabisTuKenapaBuat1090?

Hanya pemaju yang gagah sahaja mampu menawarkan skim 10-90.
Contoh terbaik ialah pemaju Bandar Setia Eco Park, anak syarikat pada SP Setia, pemaju numero uno Malaysia.
Abe ada membeli sebuah Semi D melalui skim ini.
.
.
PembelianBreezedale

Nama projek itu ialah Elizabeth Falls. Semua rumah semi D dan banglo di situ dibina bagaikan sebuah kawasan perumahan di England, siap dengan air terjun buatan.
Abe beli unit terakhir Semi-D Breezedale. Harganya 1.82 juta.

Skim 10-90 bererti Abe perlu membayar 10% wang muka atau 182K pada Nov 2015.
Baki untuk pemaju sebanyak 90% atau 1.64 juta perlu dilangsaikan pada Nov 2017.
Namun pemaju menetapkan jika pembeli berniat untuk membayar bakinya melalui pinjaman bank, pembeli haruslah berjaya mendapatkan pinjaman bank 6 bulan sebelum VP (rumah siap).
Sekiranya anda gagal melangsaikan baki, semua wang muka anda sebanyak 182K itu hangus!
.
.
KebaikanSkim1090

Tidak perlu membayar PP (Progressive Payments). Jimat 72K.
Abe mempunyai masa 18 bulan untuk membaiki DSR dengan melangsaikan hutang kartu kredit.

Abe mempunyai masa 18 bulan untuk memindahkan loan rumah teres Avena ke atas nama isteri (teknik channeling).
Abe mempunyai masa untuk menjual kondo Cyberia Abe. Dengan ini Abe berjaya mengatasi masalah LTV70.

Abe mampu membeli masa untuk mengatasi rekod buruk CTOS. Tahukah anda walaupun anda telah melangsaikan isu blacklist yang tercatit didalam CTOS, rekod itu akan masih kekal selama 2 tahun lagi?
Dalam kes Abe, Abe selesaikan masalah CTOS pada Mei 2014. Rekod blacklist itu kekal sehingga Mei 2016. Sebab itulah Abe berani beli pada Nov 2015. It is all about timing.
.
.
Kesimpulan

Skim 10-90 amatlah bagus untuk pelabur tegar hartanah. Jika anda bijak, macam2 dapat anda selesaikan.
SayaPutarHalim!