Bagaimana Lelongan Untuk Hartanah Dengan Geran Pejabat Tanah Terjadi


Oleh Khairul Anuar Mohamadiah

1. Pemilik Rumah membeli @ mewarisi rumah

2. Pemilik Rumah menggadaikan rumah tersebut kepada Bank atas terma-terma yang telah dipersetujui bersama

2. Pemilik rumah/Peminjam GAGAL membuat
bayaran bulanan seperti yang tertera dalam Perjanjian Pinjaman

4. Bank Melalui Peguam akan menghantar Notis Tuntutan (LOD) supaya Peminjam membuat bayaran.
sekiranya masih tiada bayaran di buat (kebiasaannya 14 hari) Pihak peguam akan menghantar Notis Pembatalan Pinjaman (Letter of Termination)

5. Pihak Peguam akan memfailkan Borang 16G yang menandakan pihak Bank ingin memulakan satu proceeding untuk menjual/melelong hartanah tersebut

6. Peguam akan memfailkan Saman Pemula di Mahkamah untuk mendapat perintah tentang tuntutan hutang tersebut

7. Sekiranya terdapat bantahan dari peminjam - mahkamah akan menetapkan satu perbicaraan.

8. Jika Peminjam gagal untuk menghadirkan diri di mahkamah, Peguam Bank akan memfailkan Perintah jualan (kebiasaannya memang Peminjam tak datang pun huhu)

9. Pihak Peguam akan memulakan langkah-langkah Pelaksanaan Perintah (Execution proses) untuk melelong hartanah tersebut

10. Hartanah tersebut akan di nilai oleh jurunilai untuk menentukan harga asas lelongan (Reserved Price)

11. Untuk Hartanah jenis ini, Lelongan akan dilakukan di Pejabat Tanah di mana Hartanah tersebut didaftarkan dan hanya mereka yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut

12. Sekiranya tiada pembida pada hari yang ditetapkan.. peguam akan memohon penurunan 10% dari harga pasaran sehingga hartanah tersebut di jual.

11. Mahkamah akan memberi perintah untuk melelong hartanah tersebut pada harga yang telah dinilaikan

12. Sekiranya tiada pembida pada harga yang ditetapkan, Peguam akan memaklumkan kepada Mahkamah dah satu tarikh bidaan baru pada harga yang lebih murah akan ditetapkan (kebiasaannya 10%)

13. Sekiranya ada pembida yang berjaya, pembida tersebut perlulah ke proses seterusnya iaitu proses tukar nama, pinjaman & Mengeluarkan mereka yang tinggal di hartanah tersebut (Order for vacant possession) -> yang ni kita sembang panjang nanti