Macam Mana Teknik Loan 90% Untuk Rumah Ke-3

Oleh KY TEE

Ramai kawan kawan dalam facebook minta saya kongsi teknik untuk dapatkan 90% untk rumah ke 3.Sebenarnya saya dah share dalam facebook saya sebelum ini.Hari ini saya akan kongsi lagi, harap dapat bantu anda:

Setahu kita, kita boleh dapat pinjaman 90% untuk 2 hartanah sahaja, kalau lebih daripada 2 buah hartanah pinjaman bank cuma boleh bagi 70%.Jadi macam mana beli rumah ke 3 dengan pinjaman 90% atau low payment ? Di sini saya kongsikan beberapa cara saya secara kasar.

1-Jangan joint loan semasa beli hartanah antara suami dan isteri, ikut biasa setiap individu boleh beli 2 hartanah dengan 90%, kalau suami dan isteri beli asing asing boleh dapat 4 buah hartanah. Kalau buat joint loan bersama, awak cuma boleh beli 2 atau 3 hartanah.

2- Boleh pilih rumah komersial non HDA, bagi sesiapa yang sudah memiliki 2 hartanah, kalau nak tambah hartanah lagi boleh pilih hartanah komersial non HDA, sebab jenis hartanah non HDA boleh dapat pinjaman 80-85% daripada bank walaupun rumah ke 3.

3-Boleh buat JV dengan adik atau ahli keluarga, kalau anda sudah ada 2 hartanah, boleh buat JV dengan adik atau ahli keluarga yang belum ada hartanah, Di sini maksud JV adalah dalam SNP adalah nama awak dan adik, tapi loan cuma nama adik. Saya pun ada buat JV dengan kawan, sebab dengan kemampuan seorang adalah terhad, jadi buat JV boleh dapat lagi banyak hartanah.

4- Refinance / top up, kalau anda sudah ada 2 hartanah, dan ingin beli hartanah ke 3 , tapi downpayment 30% perlu keluarkan, nasihat saya sebelum beli rumah ke 3, boleh buat refinance atau top up daripada hartanah yang pertama, supaya wang modal yang keluarkan kurang sikit( tapi kena pasti DBR lepas refinance)

5- Boleh cari rumah subsales yang jual below market value 10-15%, lepas buat mark up loan ikut market value, jadi modal yang keluarkan kurang sikit,( down payment 30% perlu keluar dulu, dapat balik sebahagian nanti)

6-Cari saya untuk personal financial coaching ,review financial anda, untuk bagi nasihat dalam pelaburan hartanah.