Ahamdulillah..
Sekarang ni senang je orang nak tahu kelayakan perumahan
melainkan orang yang tak nak ambil tahu.
Ramai je orang kat luar yang tak tahu lagi padahal bersepah
dah orang post dekat facebook.
Ada juga member aku sendiri yang tak tahu.
Tapi dengan facebook sekarang boleh kutip ilmu2 free.
Jom layan tip dari Tuan Amir Syahir
Anak Muda Perlu Tahu Kelayakan Pembiayaan Perumahan
***********************************************
"Gaji saya RM2000 layak ke saya beli rumah?"
"Gaji saya RM3500, kenapa bank tolak pembiayaan
perumahan saya ye?"
"Gaji saya RM2500, berapa je bank dapat bagi untuk
pembiayaan perumahan?"
Itu antara soalan yang gua terima. Mari gua jelaskan secara
ringkas.
Secara asasnya pihak bank akan lihat DSR, CCRIS dan
CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta
aspek-aspek lain.
***
Cara 1:
DSR (Debt Service Ratio) ini adalah Nisbah Hutang Kepada
Pendapatan kau orang. Perkiraan simple;
Mira Filzah
Gaji bersih: RM2000
Komitmen Kereta: RM400
Dan Mira Filzah berminat untuk membeli rumah berharga
RM130,000. Untuk tahu anggaran berapa bayaran baru
untuk rumah yang hendak dibeli, gunakan aplikasi IMoney.
Anggaran bayaran rumah untuk setiap bulan ialah RM600;
(RM600+RM400) / RM2000 X 100% = 50%.
Biasanya, bank menetapkan maksimum DSR bawah
60%-70%. Jadi, Mira Filzah layak untuk membeli rumah
tersebut. DSR yang ditetapkan berlainan mengikut bank.
Tapisan kasar untuk DSR Mira Filzah lepas. Urusan
seterusnya akan dijalankan iaitu dengan menyemak CCRIS
dan CTOS.
Cara 2:
Maksimum DSR 70% jika bergaji RM2000 ialah RM1400.
Dan Mira Filzah sudah ada ansuran kereta bayaran bulanan
RM400.
RM1400-RM400= RM1000.
Baki Kelayakan Ansuran X 200 = Harga Rumah Yang Layak
RM1000 X 200 = RM200,000
Maka, Mira Filzah harus mencari rumah RM200,000 ke
bawah.
Cara 3:
Isi sahaja di sini;
Cara 4:
Walk in ke bank berdekatan. Pergi 2-3 bank kerana setiap
bank mempunyai SOP yang berlainan. Limit maksimum DSR
juga berlainan.
***
Cara di atas hanya anggaran dan sebagai panduan sahaja.
Takdelah jika kau orang tengok ejen up gambar "Rumah
Untuk Dijual RM250K", kau beria-ia mesej ejen tu. Padahal
kau tak layak untuk beli rumah tersebut.
Jangan ingat gaji ciput tak mampu beli rumah dan kau orang
yang kerja pengurusan dan profesional, yang ada gaji besar
layak beli rumah. Pengurusan kewangan penting. Ingat,
Bank Is King! Bank tak bagi pembiayaan perumahan gigit jari
la kau orang!
Belajar kira, tahu berapa kelayakan jumlah pembiayaan
perumahan yang bank boleh bagi.
Faham dah? Okay, jangan asyik duk tambah hutang dengan
bank saja. Nanti nak beli rumah harga RM100K pun tak
layak sebab komitmen banyak sangat.
Masa muda ni layan la lagi video tutorial tudung, beli tudung
bawal ekslusif guna kad kredit, beli kereta Honda Civic Type
R semua tu, tapi berapa kelayakan pembiayaan perumahan
pun tak reti nak ambil tahu. Kah!
Baca artikel asal Di Sini